Perkhidmatan

Alam Pintar menawarkan pakej laman web & pemasaran online untuk anda.


Website design

Lakaran Rekabentuk Laman Web

Alam Pintar membina laman web professional, perniagaan online, web syarikat, web ecommerce, web sistem komisyen affiliate, personal blog dan sebagainya, dibangunkan bersama tema pilihan dan warna yang anda kehendaki. Laman web yang dibina akan menjadi satu imej penting pada syarikat dan identiti anda. Alam Pintar membina laman web bagi anda, supaya perniagaan dan tujuan pembinaan web dapat dicapai dengan jayanya. Mulakan bisnes anda dengan keperluan utama ini iaitu dengan bina 1 laman web. Alam Pintar akan bantu anda membina laman web.

 


CMS Theme development

Pemasangan Web CMS

Pemasangan web CMS (bersama sistem pengurusan isi web). Antara CMS adalah daripada jenis WordPress, Joomla dan sebagainya. Selain daripada itu, Alam Pintar juga boleh memasang jenis CMS yang lain atas kehendak anda. Alam Pintar akan merekabentuk grafik berkaitan dengan konsep web dan strategi jualan perniagaan/ identiti anda supaya dapat mencapai target yang diinginkan. Anda juga boleh menguasai bagaimana untuk mengemaskini laman web melalui kaedah CMS ini. Ia memudahkan pengurusan perniagaan anda pada masa akan datang, menjimatkan masa dan kos, serta dapat meningkatkan produktiviti perniagaan yang anda ceburi.

 


E-commerce systems

Web Jualan/ Web Syarikat/ Web Perniagaan/ Web Shopping Cart (E-Commerce)

Alam Pintar  membangunkan web jualan / web katalog produk atau lebih dikenali dengan web e-commerce (shopping cart). Web jualan yang dibina dapat membantu mengurus tadbir perniagaan online anda termasuk mengurus rekod tempahan produk daripada pelanggan dengan sistematik dan berkesan. Laporan bagi setiap tempahan dan jualan produk juga disediakan dalam web secara teratur. Rekabentuk laman web juga dibuat berdasarkan konsep perniagaan anda supaya dapat membantu memberi impak dan daya tarikan kepada pelanggan anda.

 


Software development

Pembinaan Web Sistem (Custom Development)

Alam Pintar membina web sistem daripada skala kecil, sederhana dan besar, berdasarkan keperluan perniagaan / tujuan pembinaan web yang anda/ syarikat anda kehendaki. Alam Pintar juga boleh mengusulkan beberapa cadangan bernas dan terbaik bagi membantu membentuk skop sistem dan lakaran perjalanan sistem yang lebih baik untuk keperluan pihak anda. Ia akan membantu memudahkan pembangunan web dan seterusnya memenuhi kehendak anda dan syarikat untuk masa sekarang dan masa akan datang.

Marketing

Pakej Online Marketing (Pakej Pemasaran Melalui Online)

Alam Pintar juga boleh membantu anda dan perniagaan anda melalui Pakej Online Marketing yang kami sediakan. Pakej ini boleh membantu meningkatkan trafik pelawat ke laman web anda dan secara langsung dapat membantu meningkatkan jualan/ pulangan yang baik. Pakej Online Marketing Alam Pintar boleh dirangka dan disusun atas pilihan pelanggan. Alam Pintar bersedia untuk memasarkan perniagaan anda dalam sasaran pengguna media sosial (Facebook, Twitter, Instagram etc) melalui kaedah Facebook Group/ Pages & daripada kehebatan engine Google (melalui pemasaran di Google Ads, Analytics, YouTube Channel, Google Plus etc). Pelanggan juga boleh memilih untuk tambahan Fungsi Auto-Responder, Fungsi Notifikasi SMS, Aplikasi Facebook, Posting Di Iklan-Iklan Percuma etc. Semua ini dapat membantu meningkatkan trafik kepada website perniagaan anda dalam jangkamasa pendek mahupun jangkamasa panjang.

Alam Pintar juga boleh menyediakan komponen marketing untuk anda/ syarikat anda sebagai contoh lakaran banner online 125x125px etc, banner online, Facebook Timeline Cover, broucher online, YouTube Channel Cover, Twitter Cover etc. Lakaran dalam bentuk seragam bagi kesemua cover design mengikut tema/ konsep syarikat perniagaan boleh membantu meningkatkan nama perniagaan/ jenama kepada tahap yang lebih baik.

 


Mobile App development

Pembangunan Aplikasi Mobile

Alam Pintar boleh membantu dalam membina aplikasi mobile dalam skala kecil dan sederhana bergantung kepada target mobile yang diperlukan. Setiap mobile mempunyai teknologi aplikasi yang spesifik. Aplikasi Android dan iOS mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran.